Saturday, November 7, 2009

sahabat,kawan,...aPe Ertinye???

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri… tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita sahaja.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak selalu kita ditepati.
Kita beri beribu alas an dan 'memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa yang kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya… Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa... bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta. Walau siapa pun dia, lelaki atau perempuan, muda atau tua, nilai ikhlasnya sebuah persahabatan tiada ukurunnya .
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah, jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Camagie) Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

7 comments:

Genius Flowers said...

saya agak kurang terasa la kot....
hak3

Genius Flowers said...

uish,,,
jgn yakin sgt,,,wakakak...=P

Genius Flowers said...

satu lg karangan bm terbaek wokk
sy nk ty
de bape pth pkataan sume ye??huahuahuaha

Anonymous said...

sekali berkawan selamanya tetap kawan cume samada rapat atau tidak.. fuhh.. hehe

~ aNdya

Anonymous said...

tapi nak rapat!!!!
huhuhuhu,,,,,,,

Genius Flowers said...

rapat atau tidak....
hehh...
itula y kite x tau...hak3...
y tersurat x same ngn y tersirat....
perghhhhh...ayatttt.....
kikiki...

~garfield

Anonymous said...

mcm rumusan time SPM je fa...
xpun time pmr kot,,
ade isi tersurat dan tersirat..
kui3

~nLmz

Post a Comment