Friday, November 20, 2009

oh mak

ttbe ak t'igt mak ak, so ak copy y nih,,bkn stakat touching,touchdown skali
objektif sguh jelas,igt2 la pngorbanan mak,,dan bapak

mulanya,,
Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

tiba-tiba,,
(Aku ada pasangan hidup sendiri….)

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

akhirnya,,

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome

copied by: atul-
lokasi: kt bilik singghan zaaba
masa: sedang dwang btiga (ifa,yana,ju) dok syok2 kua mrongeng mkn kfc kate nye,,heh
objektif: research untuk tesis nnti,,ahahah


lelaki hnsome VS lelaki tak hnsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Thursday, November 19, 2009

HaPpY biRthDaY iFA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




hapy besday to u,,
hepi besday to u,,,
hepi besday to ifa............
hepi besday to uuuuuu.............
hehehehe

ucapan sket..
" semoga ko panjang umo,murah rejeki, berjaya dlm hidup, bhgia dunia akhirat,
dannnnnnnnnn semua yg baik2 lah!! "
heheheh
{walaupun dah terlmbt,tapi xpe sbb kami dah wat video klip hebat...
kire ok la daripada yg x igt...hak3}




~ nLmz

Wednesday, November 18, 2009

ShorTCouRse [^_~]


13hb november,,,,,
huhuhu....itula tarikh y agk ktorg tgu x tgu sgt laaa.....
bole thn la,,,,tetibe je.kami checkin kat zaba,,,,..
sempat la masing2 balik uma dlu...lepak2...tp kejap je la...huhuhu...
atul la y promote shortcoure nih...memule dy n yana y semangat sgtt....
ade gak y agk tega x mo g...hehe,,,tetapi setelah berlaku beberape perkare y x disangke...ade gak y terjoin tanpe sedar...huhuhu....papehal..redhaaaaaaaaa.....

mase check in agk slow ckit sbb slow sgt...ade ape ntah masalah,x tawu le...
ktorag macam base,TETAP tggu ngn tergelak walopon x de bnd nk gelak....
hahahaha....[selekeh!!]..
dpt check in..hahah...ni part lawak....
dpn member len..ktorg stady je bwk beg ckit....TETAP cool!!...tapi disebalik nyer....
kami tergondoh gandah angkat beg masing2....yana selaku sponsor utame brg2 kelengkapan..lagi r....hahahah....hampir2 colapse la...mase tu terjerit2...'ayah2!!!'
hahah...selalu ayh y angkat brg kalo berat sgt....kui3....
sampi je bilik....x leh rehat...sbb tau sgt da perangai memasing...'sekali rehat...mmg da start malas nk kemas bilik'..bilik tu agk berhabuk....
so kami pon bersih kan.....

start klas...mmg mencabar gile,,,mcm kat dlm ice age.......huahuahau....
x pasal kuar sume perisai2 ktorg nk thn sejuk,,,selimut2 pon kami bwk,,,,
ni plus citer ktorg nk kuar berfoye2 x lepas2...da nk msok ati ke-4...bru dpt..
ni sume coz ujan lebat...huhu...tp,dgn keazaman y tinggi...
tanpa berbelah bagi,,,dpt gak kuar...tu pon agk clumsy gak r..
naseb xder org record kejadian itu..
hhuahuahau.......=P


setiap ari...sepanjang shortcourse y tiada cuti tu....lepas klas ktorg layan citer y ktorg kmpl kat lappy masing2....mcm2 genre....especially citer one litters of tears...
mmg tangkap leleh la...naseb tutup lampu...hahahaha...

ade gak xtvt sambut besday ni....huehueheuheuehue...nk gelak je ingat sal ni....
'ikhlas kn sume...alhamdulillah' perkare ni wjib ingat setiap kali bufday tau....[sesaje]

yang pasti nyer....biar pon setiap ari menapak bukit zaba...ktorg TETAP x kurus....
sbb kami makn byk kali sehari!!!kalo ad y belanje...ktorg TETAP beli lagi...
alasan "x kuar duit ari ni lagi" hahahahah...nmpk x kaye tu???hahaaha...alhamdulillah.....

alhamdulillah kami dpt akhiri shortcourse gn jaya nye.....kami redha je....ape2 y x best...mcm base..'IGNORE' walopon ktorg TETAP 'ALERT'..hahahah....
~garfield

Tuesday, November 10, 2009

papaDOM

pas exam j tpat kol 3.15(kot le),kitaorg (ak,ifa,yana) da bjaya smpai k midvalley!
knon nk merendek pas abes exam (bak kata ifa),,so pe g,trus k kaunter wayang,ckp kt abg wayang tu "bang,PAPADOM 3, kami de student card,".hehh. Ak ngn ifa ngn dgn lancarnye kuakn kad mtrik UKM, ttpi berbeza pula ngn yana,,"alamak,ak ttngal kad mtrik le,kad ms ak matrik x pe kn?" kata yana.ahaha blasah sudeh. pastu tgk ah cite tu,mmg klaka.part sedey pon de la,(ifa da mnetes da,yana bgenang sket la,),ak,,er tdiam j la.
ak bg 5 stars cite nih,,jln cite mnarik,plakon hbat2 dan lain-lain lagi.

*suke watak wajib tayang,shukor dan mun,ehehe

atul-

Sunday, November 8, 2009

멋있어요.[stYLish]...h0h0h0

Saturday, November 7, 2009

sahabat,kawan,...aPe Ertinye???

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri… tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita sahaja.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak selalu kita ditepati.
Kita beri beribu alas an dan 'memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa yang kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya… Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa... bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta. Walau siapa pun dia, lelaki atau perempuan, muda atau tua, nilai ikhlasnya sebuah persahabatan tiada ukurunnya .
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah, jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Camagie) Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

kenapa org mesti berubah???

kadang2 ade yg berubah kepada kebaikan tapi ade gak yg berubah kpd bnde yg kurang kebaikannye..
so,persoalan disini,ape sebab nye???
nak merasa bnde lain??nak bg org lain rasa free??or nak bagi org lain hilang feel disebabkan perubahan yg mereka lakukan??
yg mana 1 pilihan anda,,,jawapannya sila taipkan YA dan anta kepada "no infiniti"...huhuhu
tapi kadang2 org x perasan yg dirinya dah berubah..
maybe aku pun sedang mengalami perubahan yg x disangka..hua3
ade gak org yg berubah hanya semata2 hendak dptkan smething...ada yg hipokritus,,dan ade yg BAJET..
so,perubahan ni kadang2 menjadi 1 medium utk org jadikan alasan utk mengelakkan diri dari rasa bersalah kot..hihihi
eh,x jugak..kadang2 dah mmg ketentuannnnnn utk dorg berubah..
so,agk2 perubahan ni baek ke x??
rsenye ia baik kalau kita x melupakan ape yg kita pernah buat suatu ketika dahulu daripada terus menjalani kehidupan baru..
ni hanya pendapat aku,,walaupun aku pun x paham ape aku mengarang ni,,,hahhhaha
so,klu korg de idea knpe org berubah,,
sila la bg pendapat korg...
sume org x perfect,,,inilah salah 1 alasan yg sering digunakan utk selamatkan diri..............dan aku telah pun menggunakannye...hak3

Wednesday, November 4, 2009

under maintenance.




Jawatan Kosong :

- Design header Genius Flowers
(aku dh terdelete yg lame.. edit2 xprasan tbuang.. maap eh zeera ;)



- Chat Box akan kembali tidak lama lg.. harap bersabar.
- Sebarang perbualan boleh la di taip di ruangan Comment Post Terlatest! hehehehe

~fuwwwhH!!~